Isnin, 21 Mac 2011

TENUNAN - Songket





Sejarah songket.

  1. Tenunan songket dipercayai telah wujud di alam Melayu sejak kurun ke-15 berdasarkan fakta lisan golongan tua pada zaman Cik Siti Wan Kembang yang menyatakan 'tidak lengkap seorang wanita itu sekiranya tidak tahu mengaji al-Quran dan menenun kain. Kemahiran dan kretiviti tukang tenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah lagi menarik.
  2. Kedatangan pedagang-pedagang ke Tanah Melayu telah menggiatkan lagi perkembangan tenunan tempatan.
  3. Tenunan songket mula berkembang dibeberapa negeri terutama di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.
  4. Di zaman silam, motif dan warna yang terdapat pada tenunan songket melambangkan strata atau kedudukan seseorang.
  5. Secara tradisi, songket ditenun dengan menggunakan benang sutera halus dan benang emas serta dipakai oleh kerabat diraja Melayu dan golongan Bangsawan.
  6. Kini, songket ditenun dengan benang kapas dan mula dipakai oleh golongan rakyat biasa sebagai pakaian rasmi untuk majlis-majlis tertentu.
  7. Keanggunan kain songket, selain dijadikan sebagai pakaian tradisi untuk mempermanis dan memperaga seni budaya, ia juga turut diilhamkan pada pelbagai barangan dalam bentuk beg, bingkai gambar, hiasan dinding, kusyen dan sebagainya.
  8. Tradisi menenun masih dapat dikekalkan tidak berubah sebagaimana seratus tahun dahulu. Alat-alat tenunan atau kek, motif dan ragamhiasnya serta cara menenun itu sendiri memperlihatkan keindahan dan kesempurnaan hasil ciptaan zaman silam yang masih segar hingga ke hari ini.
Motif
  1. Ragamhias masih dikekalkan terutama dalam aspek pembahagian dan penempatan beberapa bentuk bahagian kain seperti kepala, kaki dan badan kain.
    Penyusunan motif pula terbahagi kepada dua susunan bunga penuh dan bunga tabur.
  2. Motif kain songket terdiri daripada dua unsur penting iaitu unsur alam dan tumbuhan.
    Motif yang sering digunakan meliputi bentuk bunga, daun atau pucuk dan bahagian tampuk buah-buahan.
  3. Motif-motif rekacorak yang menghiasi kain songket kebanyakannya berasaskan bunga-bungaan.
  4. Dengan teknik menenun yang tersendiri, kesemua bentuk motif terhasil dalam corak geometrik.
  5. Motif-motif pada kain songket disusun dengan susunan bunga penuh, bunga bertabur atau susunan bercorak.
Susunan motif songket

1. Susunan bunga penuh


2. Susunan bunga tabur

3. Susunan bercorak


Proses tenunan songket