Rabu, 9 Disember 2009

Roses oh roses..





Pernah saya dengar kelopak bunga ros dimakan untuk dijadikan amalan awet muda.
Ia menjadi amalan orang dulu-dulu yang tahu khasiat bunga ros.

Khamis, 3 Disember 2009

Rabu, 2 Disember 2009

WARNA KEHIDUPANMU



Pasti ada satu warna kegemaran anda.Menurut pakar psikologi,waarna mampu menyatakan banyak perkara tentang personaliti anda. Apakah warna anda?

MERAH
1. Anda mempunyai tekad yang kuat dalam hidup dan mampu menangani rintangan yang
mendatang yang selalunya orang lain tidak mampu hadapi.
2. Anda menggemari persekitaran yang berwarna-warni dan menyeronokkan.
3. Anda berkemampuan untuk melakukan sesuatu perkara yang memerlukan tenaga secara
spontan dan rileks.
4. Anda sangat bertenaga dan berminat banyak perkara dalam hidup.
5. Anda mampu untuk mencapai apa yang diimpikan jika anda memberi tumpuan dan
bersungguh-sungguh.

HIJAU
1. Anda seorang yang bersungguh-sungguh dalam banyak perkara dan jika ditinggalkan
bersendirian dan tidak dikacau.
2. Anda seorang yang bersenang-lenang dan asli,anda mampu rileks dan menikmati
banyak perkara terbaik dalam hidup.
3. Anda mempunyai bakat seni dan pandai 'melihat' seni.
4. Anda bekerja keras untuk memperbaiki kehidupan dan mampu mengatasi tekanan dalam
pekerjaan.

HITAM
1. Anda memerlukan persekitaran yang aman,tiada konflik.
2. Anda menggemari yang asli.
3. Anda menggemari perhatian,tetapi tidak pasti bagaimana untuk menanganinya.Tipsnya
ialah layan orang lain sebagaimana mereka melayan anda.

BIRU
1. Anda menggemari persekitaran yang nyaman.
2. Anda mempunyai kecantikan yang asli.
3. Anda mampu mengatasi segala rintangan jika anda ingin mencapai impian anda.
4. Anda sentiasa akan merancang dahulu sebelum anda menjalankan sesuatu perkara.

UNGU
1. Anda seorang yang spontan dan mempunyai minda yang pantas dan asli yang tidak
mengenal batasan.
2. Anda seorang yang menghargaai persekitaran yang cantik terutamanya alam
semulajadi.
3. Anda tidak kalut dan yakin dengan diri sendiri.
4. Anda seorang yang unik dan mempunyai citarasa yang pelik tetapi selesa dengan
kawan-kawan yang konservatif.

COKLAT
1. Anda sukakan persekitaran yang nyaman dan semulajadi.
2. Anda tertarik dengan kegiatan luar dan sukakan cabaran.
3. Anda selesa dengan apa yang ada pada anda dan tidak terpengaruh dengan stail masa
kini.

KUNING
1. Anda seorang pemikir yang hebat dan mampu melepasi banyak rintangan dalam
kehidupan.
2. Anda seorang periang,peramah dan sering membuat orang di sekeliling gembira.
3. Anda seorang yang kelakar dan tidak gemar situasi yang serius dan tegang.
4. Jika ada sesuatu yang mengganggu minda anda,anda akan menceritakannya supaya
ianya tidak disimpan di dalam hati.

Ini hanyalah ramalan sahaja,terpulang kepada anda untuk menilainya..

PENGENALAN MENGGAMBAR


MENGGAMBAR -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...