Selasa, 16 Mac 2010

Graffiti di SMK Rawang

SMK Rawang telah mengadakan Pertandingan Tulisan Graffiti pada 5,6 Februari 2010 yang melibatkan seluruh pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Tulisan Graffiti adalah tulisan yang popular pada masa kini di kalangan anak muda. Ia dilukis di dinding bangunan dengan menggunakan spray warna. Kelab Seni dan Keceriaan telah menetapkan Tulisan Graffiti berunsurkan motivasi dilukis di tembok pagar sekolah agar mesej dapat disampaikan. Secara
tidak langsung dapat menceriakan tembok dan menyemai semangat berkumpulan dalam kalangan pelajar. Inilah beberapa hasil kerja 1 SEMEKAR..








Khamis, 25 Februari 2010

Isnin, 22 Februari 2010

BATIK - ALAS MEJA

KRSV Kertas 3 SPM
Tugasan 1 : Batik Alas Meja : Motif Flora



Selasa, 9 Februari 2010

Catan

Pemandangan waktu senja




Pemandangan waktu senja

Khamis, 14 Januari 2010

Catan

Ini beberapa catan Rossane yang saya minati..





Isnin, 11 Januari 2010

Lukisan - media pensil

Lukisan ini hanya memerlukan teknik lakaran,shading dan memadam dengan menggunakan bahagian hujung pemadam. Ini supaya lebih menampakkan beberapa objek seperti rumput dan di bahagian pokok-pokok nampak lebih cerah.

Lukisan - Perspektif

Satu Titik Lenyap.







2 Titik Lenyap


Fikir 2X atau banyak kali..








Ahad, 10 Januari 2010

Lukisan -Siri 2

Step 1
Mulakan dengan garisan grid-mengikut skala. Tentukan posisi yang tepat.



Step 2
Setelah lakaran objek telah dikenalpasti tepat,mulakan dengan tona warna pada setiap objek buah-buahan.Yang penting kenalpasti dari mana punca arah cahaya datang.


Step 3
Objek ditambah dengan tona warna yang lebih detail dan warnakan latarbelakang serta bayang. Boleh ditambahkan dengan jalinan supaya nampak lebih natural.

Jumaat, 8 Januari 2010

Lukisan - Siri 1

Step 1



Step 2


Step 3


Proses keseluruhan

Rabu, 6 Januari 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010


Sesi persekolahan dah bermula..Pastikan mental dan fizikal kita juga dah bersedia..macam bateri dan enjin kereta.Nak mulakan perjalanan dan mulakan kerja..rancang lebih awal.Sememangnya memang memenatkan, tetapi kepuasan yang kita ingin capai terhasil..

Bercuti di Lumut,Pulau Pangkor,Zoo Taiping.

Salam buat semua blogger. Dah lama tak menulis blog..sempat baca message dari shoutmix box aje..Inilah beberapa gambar semasa cuti akhir tahun persekolahan Dis 2009.
Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Scrapbooking Photo Tinks by WiddlyTinks.com

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Scrapbooking Photo Tinks by WiddlyTinks.com

Scrapbook at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com

Rabu, 9 Disember 2009

Roses oh roses..





Pernah saya dengar kelopak bunga ros dimakan untuk dijadikan amalan awet muda.
Ia menjadi amalan orang dulu-dulu yang tahu khasiat bunga ros.

Khamis, 3 Disember 2009

Rabu, 2 Disember 2009

WARNA KEHIDUPANMU



Pasti ada satu warna kegemaran anda.Menurut pakar psikologi,waarna mampu menyatakan banyak perkara tentang personaliti anda. Apakah warna anda?

MERAH
1. Anda mempunyai tekad yang kuat dalam hidup dan mampu menangani rintangan yang
mendatang yang selalunya orang lain tidak mampu hadapi.
2. Anda menggemari persekitaran yang berwarna-warni dan menyeronokkan.
3. Anda berkemampuan untuk melakukan sesuatu perkara yang memerlukan tenaga secara
spontan dan rileks.
4. Anda sangat bertenaga dan berminat banyak perkara dalam hidup.
5. Anda mampu untuk mencapai apa yang diimpikan jika anda memberi tumpuan dan
bersungguh-sungguh.

HIJAU
1. Anda seorang yang bersungguh-sungguh dalam banyak perkara dan jika ditinggalkan
bersendirian dan tidak dikacau.
2. Anda seorang yang bersenang-lenang dan asli,anda mampu rileks dan menikmati
banyak perkara terbaik dalam hidup.
3. Anda mempunyai bakat seni dan pandai 'melihat' seni.
4. Anda bekerja keras untuk memperbaiki kehidupan dan mampu mengatasi tekanan dalam
pekerjaan.

HITAM
1. Anda memerlukan persekitaran yang aman,tiada konflik.
2. Anda menggemari yang asli.
3. Anda menggemari perhatian,tetapi tidak pasti bagaimana untuk menanganinya.Tipsnya
ialah layan orang lain sebagaimana mereka melayan anda.

BIRU
1. Anda menggemari persekitaran yang nyaman.
2. Anda mempunyai kecantikan yang asli.
3. Anda mampu mengatasi segala rintangan jika anda ingin mencapai impian anda.
4. Anda sentiasa akan merancang dahulu sebelum anda menjalankan sesuatu perkara.

UNGU
1. Anda seorang yang spontan dan mempunyai minda yang pantas dan asli yang tidak
mengenal batasan.
2. Anda seorang yang menghargaai persekitaran yang cantik terutamanya alam
semulajadi.
3. Anda tidak kalut dan yakin dengan diri sendiri.
4. Anda seorang yang unik dan mempunyai citarasa yang pelik tetapi selesa dengan
kawan-kawan yang konservatif.

COKLAT
1. Anda sukakan persekitaran yang nyaman dan semulajadi.
2. Anda tertarik dengan kegiatan luar dan sukakan cabaran.
3. Anda selesa dengan apa yang ada pada anda dan tidak terpengaruh dengan stail masa
kini.

KUNING
1. Anda seorang pemikir yang hebat dan mampu melepasi banyak rintangan dalam
kehidupan.
2. Anda seorang periang,peramah dan sering membuat orang di sekeliling gembira.
3. Anda seorang yang kelakar dan tidak gemar situasi yang serius dan tegang.
4. Jika ada sesuatu yang mengganggu minda anda,anda akan menceritakannya supaya
ianya tidak disimpan di dalam hati.

Ini hanyalah ramalan sahaja,terpulang kepada anda untuk menilainya..

PENGENALAN MENGGAMBAR


MENGGAMBAR -

Ahad, 29 November 2009

Kampung New Zealand



Pergi New Zealand tak perlu naik flight,dengan kereta pun boleh sampai.Anak-anak macam tak percaya..Tak percaya ka? Kami sekeluarga pergi ke kampung New Zealand yang terletak di Maran,Pahang. Al-kisah nama Kampung New Zealand ni adalah cerita dulu-dulu sebelum merdeka.Kawasan itu jurukurnya dari New Zealand.Owhhh..barulah kami tahu dan faham cikguu..kata anak-anak.Sebenarnya,cuti-cuti begini dapatlah ziarah orang tua-tua/saudara mara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...